Apr 08
 
6

Angin perubahan

Disana sini orang memperkatakan tentang kepentingan untuk berubah. Istilah-istilah bombastik seperti islah, reformasi dan anjakan paradigma digunakan untuk menambah perisa kepada keseronokan dan keghairahan untuk melakukan perubahan.

Perubahan memang perlu berlaku. Perubahan dari yang tidak baik kepada yang baik, perubahan dari yang lama kepada yang baru, perubahan dari malas kepada rajin dan apa sahaja perubahan ke arah positif, perlu dilakukan.

Malaysia perlukan perubahan. Mendepani cabaran dunia masa kini yang semakin kompleks, negara kita memerlukan perubahan yang menyeluruh bagi memastikan hala tuju ke arah negara yang makmur dan sejahtera mampu diteruskan. Makmur dan sejahtera dari segi ,politik,ekonomi dan sosial merupakan kunci utama kepada kekuatan sebuah negara.

Saya kira untuk tempoh 3-4 thaun dari sekarang, Malaysia bakal melalui detik sukar tetapi penuh bermakna dalam proses meniti perubahan. Kegagalan kerajaan yang telah mentadbir negara kita selama hampir 50 tahun memahami behaviour rakyat yang semakin rencam, menyebabkan mereka gagal menangani masalah-msaalah yang timbul. Para pemimpin yang telah diberi kepercayaan telah gagal meletakkan diri mereka dalam pelbagai situasi baru yang sedang berlaku dalam perut masyarakat.Kebangkitan anak muda dan aliran informasi yang semakin pantas merupakan dua situasi kritikal yang tidak berjaya ditangani dengan bijak oleh para pimpinan kerajaan.

Saya beranggapan bahawa sudah tiba masanya untuk semua orang diberikan peluang, saya ulangi peluang (memberi peluang tidak bermakna menggadaikan hak) yang sama rata untuk menikmati kemakmuran dan kesejahteraan negara. Mengapa perlu takut untuk bersaing sekiranya kita benar-benar mampu melakukan.

MAAF CAKAP: Saya mohon derhaka. Orang Melayu sudah lama berada dalam zon selesa. Terlalu selesa menyebabkan orang melayu lemah dan tidak berani kehadapan. Orang melayu berada dalam keadaan yang jauh ketinggalan kerana kehilangan jati diri dan kekuatan dalaman dek keselesaan yang melampau. Orang melayu duduk terlalu lama dalam keadaan selesa sehingga  tidak menyedari keselesaan itu memakan diri mereka sendiri. Dinaungi dengan payung kerajaan, orang melayu kehilangan sebahagian besar produktiviti, kreativiti, semangat juang dan jati diri kerana dimanjakan dengan pelbagai kemewahan yang tidak dikongsi dengan sebaiknya dengan orang-orang lain.

Orang-orang dari kaum lain melonjak semangat dan kekuatan jati dirinya kerana ingin membuktikan kemampuan dan kebolehan mereka. Ditambah dengan sifat semulajadi mereka yang tidak malas dan tidak cuai, mejadikan orang-orang ini cepat mempelajari bagaimana hidup perlu dan mampu diteruskan secara berdiri atas kaki sendiri.

Selamat maju jaya dan teruskan berjuang….

This post has 6 comments. Add your own.

  1. jadi pejuang melayu pulak ke ?

    09 Apr 09 at 1:51 am #
  2. Saya setuju. Semua orang kena usaha sendiri, dengan hak istimewa ataupun tidak. Give people what they deserve; based on their efforts and not their heritage. Bosan sebenarnya bila takde persaingan, tak boleh nak challenge diri sendiri on our potential.

    Saya suka perubahan. It’s not going to be easy but it’s going to be really exciting.

    09 Apr 09 at 3:41 pm #
  3. kekekeke..saje carik isu

    09 Apr 09 at 4:35 pm #
  4. Topik perdebatan:

    Kebanyakkan orang yang berdaya saing ialah orang yang berfikiran / bermentaliti Barat. Orang yang tidak bermentaliti Barat jarang ada yang kompetitif. Mungkin ada orang yang kompetitif tetapi tidak bermentaliti Barat; golongan ini tidak ramai (statistically insignificant). Ini realiti semasa, sama ada kita suka atau tidak.

    Mentaliti Barat sering dikaitkan dengan: cekap, berfikiran terbuka, berani bersuara, berkepimpinan, berfikiran bebas, meritokrasi.

    Mentaliti non-Barat sering dikaitkan dengan:
    lembab, kolot, penakut, suka mengikut-ikut, suka meniru, senioriti.

    Jadi untuk menjadikan masyarakat kita berdaya saing, kita perlu menggalakkan mereka bermentaliti Barat.

    Bincangkan.

    09 Apr 09 at 4:37 pm #
  5. Bal,
    association mentaliti barat = cekap, berfikiran terbuka, berani bersuara… and metaliti non-barat = lembab, kolot, penakut, suka mengikut-ikut.. tak tepat. And orang yang cekap, berfikiran terbuka, berani bersuara… tu tak semestinya bermentaliti barat. silap juga kalau kita dok kata yang barat tu baik dan yang bukan barat itu kurang baik (atau sebaliknya)

    Tg,
    perubahan mula dari diri sendiri and tayah nak tunggu keselesaan kita dah dihapuskan baru nak bersaing. Sedangkan dalam keselesaan ini pun kita tak boleh bersaing, belum tentu kalau “the field dah same level” baru kita nak bersaing.

    Iznan,
    Sesetengah orang sibuk mintak pihak lain berubah, padahal diri sendiri tak diubah dulu. Sebanyak manapun negara, kerajaan, bangsa, kawan-kawan berubah, tapi kalau kita sendiri tak berubah, tak guna jugak. Mulakan dari perubahan diri sendiri dahulu, perubahan diri akan buat ‘riffle effect’ yang akhirnya akan mendorong perubahan secara total.

    09 Apr 09 at 6:07 pm #
  6. Hafiz

    Adakah Tun Dr. M berfikiran non-barat?

    Beliau pernah mengumumkan Dasar Pandang Ke Timur pada 8 Feb. 1982.

    10 Apr 09 at 11:06 am #

Post a comment