Saya seronok dan teruja menonton babak-babak yang dilakonkan melibatkan keretapi dan stesen keretapi dalam filem Slumdog Millionaire (SM). Seronok kerana teringat kenangan menaiki keretapi dari Nizamudin,Delhi ke Bangalore yang mengambil masa hampir 2 hari. Makan, minum,solat, tidur semuanya dalam keretapi! Best gile!
View Larger Map

India mempunyai jaringan keretapi terbesar di dunia. Bagi mengurus dan mentadbir segala yang berkaitan dengan pengangkutan keretapi ini, kerajaan India mempunyai satu kementerian khusus berkaitan keretapi.

Saya percaya dan yakin, sekiranya tiada maksud dan tujuan yang tersangat kukuh, pasti tiada orang asing akan menaiki keretapi tersebut melainkan orang-orang tempatan yang perlu berulang-alik antara bandar-bandar sepanjang destinasi. Namun kelihatan juga kelibat beberapa pelancong dari Barat yang suka dan gemarkan adventure dan cabaran hidup. Saya sempat bertanya salah seorang dari mereka kenapa sanggup bersusah payah sebegini. Katanya untuk mencari ketenangan dan kekuatan dalam hidup. Katanya lagi dengan menempuh jalan kesukaran dan kepayahan, seseorang akan mengenali dan menghargai kehidupan yang dianugerahkan kepadanya. Wow…….ajaib!

Sekali saja, saya pernah jumpa seorang budak Malaysia dari Bristol yang mengembara naik keretapi merentasi Eropah. Ketika itu keretapinya sedang transit di Salzburg,Austria. Tapi itu Eropah…cukup dengan segala kemudahan dan fasiliti….:D…

Tempoh hampir 48 jam saya gunakan sebaiknya untuk mendalami dan menyelami budaya,resam dan perlakuan pelbagai jenis dan golongan manusia. Saya berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak, berehat-rehat di ruangan dapur, kantin, celah-celah manusia dan duduk berborak bahasa Inggeris dan isyarat bersama kumpulan-kumpulan peniaga haram menjual chay, samosa dan kekacang (ingat babak dalam SM menunjukkan dua beradik Jamal dan abangnya berlari menaiki keretapi menjual secara haram chay dan samosa).

Keretapi akan berhenti di stesen-stesen besar dan utama seperti di Nagpur, Hydrabad, Allahabad, Bhopal dan sebagainya bagi mengisi minyak, membersihkan tandas, servis, menurun dan mengambil penumpang dan sebagainya. Di stesen-stesen kecil kereatapi hanya berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang dalam tempoh yang pendek sahaja.

Tetapi awas, sekiranya keretapi memasuki stesen-stesen diawal pagi, selain babak ibu Jamal mencuci kain di longkang berhampiran yang memang benar-benar wujud, ada lagi senario menarik yang mungkin dipotong tayangannya dalam SM…hehehe…….apakah itu. Jangan teruskan membaca sekiranya anda akan pergi lunch kejap lagi.

YA……deretan objek legap berwarna hitam menghadap tingkap keretapi sedang asyik melepaskan kumbahan-kumbahan semalaman tanpa segan dan silu….hahahahaha

Selain itu semasa keretapi berhenti, ramailah peniaga haram dan peminta sedekah akan menaiki keretapi bagi menjalankan aktiviti masing-masing. Saya agak tersentuh melihat babak sindeket peminta sedekah dalam SM, yang menggunakan kanak-kanak yang dicacatkan oleh Malik mereka (Malik : Tuan); tanpa mengetahu realiti yang sebenar, saya kira ianya tidak mustahil berlaku dalam masyarakat disana.

Keretapi akan berhenti dalam beberapa tempoh waktu yang telah ditetapkan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, servis dan turun naik penumpang berjalan dengan lancar. Namun sudah menjadi kebiasaan orang India untuk menunggu sehingga keretapi bergerak baru mereka akan berkejar-kejar dan melompat masuk ke dalam gerabak melalui pintu dan mencampak masuk beg melalui tingkap!

Orang India agak mementingkan kebersihan diri dan barang-barang kepunyaan mereka. Tetapi langsung tidak mengambil kisah untuk menjaga kebersihan harta milik awam yang bukan milik mereka. Tandas-tandas di awal waktu pagi akan menyaksikan deretan lelaki,wanita dan kanak-kanak dengan berus gigi ditangan, sabun dan tuala kecil di tangan yang lain, berdiri sambil mengunyah sireh menunggu giliran untuk membersihkan diri. Mereka sanggup tunggu lama semata-mata untuk membersihkan diri mereka barang sedikit sekalipun. Menjelang jam 10 pagi, kalau keretapi tidak berhenti dibandar utama, tandas akan menjadi satu mimpi ngeri bagi mereka yang lambat untuk ke situ. Lebihan sireh berwarna merah, najis-najis, sabun-sabun kecil, tisu, perca kain, batu, dan segala bagai objek akan bertaburan diatas lantai tandas dan sekitar. Sakit mata memandang, azab hidung menghidu hanya Allah sahaja yang tahu.

Tidak tergambar rasa apabila keretapi mula melintasi sempadan negeri Karnataka.

Bersambung……banyak keja lain nak buat weiii……

This post has 6 comments.

  1. Kekeke ada satu pengalaman yang juga tak dapat dilupakan: pengalaman naik keretapi dari India ke Pakistan melalui sempadan Wagah. Siapa pernah lalu tau la hehe

    04 Mar 09 at 5:09 pm #
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Wagah

    05 Mar 09 at 11:17 am #
  3. Tak boleh nak kira kenangan yg tak dapat dilupakan waktu kat sana. Salah satunya ialah waktu baru balik from Belgaum, Karnataka yang mengambl masa lebih kurang 36 jam untuk sampai ke Delhi dengan menggunakan keretapi. 101 cerita waktu dalam keretapi tu memang dah macam2 dah.

    Then, bila sampai kat Nizamuddin…

    Waktu tu kat dalam tandas. Tiba2 terasa ‘macam’ bangunan tengah berpusing2. Ingatkan pasal pening naik keretapi. Tapi jap lagi tu dengar suara ramai org takbir “Allahuakbar!” berulang2 kali. Pastu dengar suara org bercakap kat luar tandas…

    …ada GEMPA BUMI berlaku…

    Hahhh??!! gempa bumi? aiseiii…camane ni? Kang kalau ada gegaran susulan camane? time tu dah pening camane nak buat. Dah la baru turun keretapi. Tengah tense lagi waktu tu. Takkan nak ikut style certain org India buat ‘pelaburan’. :D

    Nasib la kalau ditakdirkan dihempap bangunan runtuh and at the end meninggal macam Imam Razi. Meninggal dalam tandas! Husnul khatimah gak la kalau masuk tandas ikut adab dan sunnah kan? kekeke…

    Alhamdulillah…today I’m still alive. Oh India, tunggu kedatangan ku lagi!

    07 Mar 09 at 1:35 am #
  4. btw, sebenarnya gempa bumi tu berlaku kat Peshawar, Pakistan. Cuma gegarannya begitu kuat sehingga sampai ke New Delhi.

    07 Mar 09 at 7:33 am #
  5. habiba

    yup…. i had train ride also in india… it was wonderful. budak2 jual makanan. from chennai to madurai and madurai to pollachi. fun beb.
    the view is interesting…

    and their toilet ” the lubang” is terbukak. first2 masuk, terkejut…. ingatkan toilet rosak, tp mmg it is just a plain lubang. and the najis will just be buang along the railway tracks. huhuh

    in belfast, northern, i had a chance to ride the old train (the one like in Sir Arthur Conan Doyle description in Sherlock Holmes). it was fantastic, tp sejuk skit. kena bukak pintu sendiri kalu nak turun. best…. mcm dlm cerita lama2.ada asap2 :) but now they have changing it to the new train….

    19 Mar 09 at 6:28 pm #
  6. …the view is interesting…

    I totally agree. Memang banyak pemandangan yang cantik2. Waktu naik bas nak masuk ke kawasan kampung kat area pergunungan lagi la cantik. Excluding yg pelik2 la. heheh..

    20 Mar 09 at 12:28 am #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.