Idea Funnel

  1. Marshall Goldsmith, executive coach popular, ada menulis satu artikel yang sangat menarik mengenai kesan kita memberi pandangan terhadap  idea seseorang yang menyebabkan mereka tidak lagi komited dalam merealisasikan idea tersebut.
  2. Petikan asal:

    One of the classic interpersonal challenges I see in brilliant, technically gifted people is their desire to “add value,” especially to other people’s ideas.When does this occur?

    Imagine that you are an entry-level employee. I am your manager. You come to me with an idea — which you think is great. You have been working on this idea for months and are really excited about what you have developed. I like the idea.

    Rather than just saying, “great idea!” — being the brilliant, technically gifted person I am, I may well say, “That is a very good idea. Why don’t you add this to it?”

    This could well be a case of trying to add “too much value,” and here’s the problem: the quality of the idea may go up 5% with my suggestions, but your commitment to its execution may go down 50%. It is no longer your idea; as your manager, I have now made it my idea.

  3. Pendapat Goldsmith sangat betul. Saya setuju 100%.  Meskipun  saya bukannya “brilliant, technically-gifted person“, saya kadang-kala cenderung untuk “add too much value“; Bila seseorang datang kepada saya dengan idea yang bernas, saya akan setuju 95%, kemudian saya tunjukkan keterujaan saya, pada masa yang sama cuba untuk menambahbaik lagi 5%. Tidak Bijak!
  4. Idea yang hebat hanya bernilai sekiranya sesesorang merealisasikannya, jadi sekiranya ada orang datang kepada saya dengan idea yang bernas, saya patut fokus untuk menggalakkan mereka melaksanakan idea tersebut, bukan cuba untuk mengoptimumkan aspek-aspek kecil dalam idea tersebut. Aspek-aspek kecil tersebut boleh diperbetulkan kemudian bila idea tersebut telah dilaksanakan.
  5. Mungkin saya boleh gunakan “80% Rule
    • Kalau saya setuju 80%,  saya setuju sepenuhnya.
    • Bagi idea baru, sekiranya saya setuju sepenuhnya, saya patut fokus dalam merealisasikan idea tersebut
    • Lagi banyak fokus diberikan dalam merealisasikan sesuatu idea, lagi tinggi kemungkinan idea tersebut menjadi kenyataan
  6. Mana yang terbaik?  Mendapatkan idea yang sempurna sebelum melaksanakan, ataupun menyempurnakan idea setelah ia dilaksanakan. Pendapat anda?

This post has 4 comments. Add your own.

  1. saya suka idea saya direalisasikan dengan baik oleh sesiapa sahaja…..

    04 Mar 09 at 11:24 am #
  2. Akmal I agree with you. Ada orang yang tak reti duduk diam, setiap keadaan nak tunjuk pandai kekeke

    Always give proper credit to good ideas

    04 Mar 09 at 5:11 pm #
  3. cantik artikel nie. tahniah.. kena promosikan blog nie.. sangat berguna berbanding blog2 bodoh yang ada di internet sekarang nie.

    06 Mar 09 at 9:28 pm #
  4. haha.. thanks jalil..

    anyway, ade jugak jenis orang yg suka bagi feedback/pandangan mengarut.. especially masa nak apply grant/loan utk projek2 IT baru.. bila kitorang buat presentation untuk sampaikan idea-idea IT baru kat orang2 grant ni, feedback yang dapat byk yg tak relevan.

    contohnye, lepas citer panjang2, feedback yg dapat ialah suroh tukar logo. takde kaitan langsung dgn idea projek or viability.. inilah jadinye bile orang tak tau IT nak belagak teror IT.

    17 Mar 09 at 12:02 am #

Post a comment