Mengapa ambil risiko untuk bekerja sendiri (baca:memulakan perniagaan) tanpa mempunyai asas yang kukuh dalam bidang bisnes dan perkara berkaitannya.
Hanya orang yang betul-betul kental jiwanya mampu mendepani cabaran hidup sebagai ahli perniagaan dengan berani dan tabah. Apatah lagi di Malaysia ini yang kebanyakkan rakyat dan penduduknya masih bermentaliti aku-kerja-makan-gaji-aku-selamat. Berdepan dengan ketidaktentuan menguruskan dan mengendalikan sebuah syarikat adalah cabaran pertama yang saya perolehi. Tentu sekali saya tidak akan memperolehi cabaran sebegini sekiranya saya berkerja dengan Petronas atau pun JPA. Sebab kedua-duanya bukan dimiliki oleh saya.
Sifat fitrah manusia ialah antaranya manusia ini sukakan tanggungjawab. Diberikan dan dipikulkan dengan tanggungjawab. Perkahwinan sebagai contoh melambangkan sifat manusia yang rela dan suka untuk memikul tanggungjawab. Menjadi ketua dan pemimpin keluarga adalah satu cara manusia membina kehidupan mereka. Maka itulah perkahwinan disebut sebagai sebahagian dari fitrah.
Saya sangat berpegang teguh kepada konsep melawan arus. Melawan arus adalah imej kepada kebanyakkan orang yang berjaya. Tengok sahaja senario didalam dunia muzik kita hari ini. Kumpulan2 indie yang berjuang dalam arena bawah tanah, terbukti mempunyai kekuatan dan tarikan tersendiri. Malah dalam banyak aspek, kualiti muzik mereka lebih baik daripada mereka yang telah lama bergiat dalam arus muzik perdana. (Tahniah kepada Meet Uncle Hussein diatas kemenangan dalam AJL yang lalu)
Teringat saya akan falsafah Soren Kirkegaard.
Je mehr Leute es sind, die eine
Sache glauben, desto groesser ist
die Wahrscheinlichkeit, dass die
Ansicht falsch ist. Menschen, die
Recht haben, stehen meistens allein.
(Soeren Kierkegaard)
Terjemahannya
Banyak orang percaya terhadap sesuatu idea, lagi besarlah kemungkinan pandangan terhadap idea itu salah. Manusia yang mempunyai kebenaran, biasanya akan bersendirian.(Soeren Kierkegaard)
Maka pandanglah jauh kehadapan. Negara kita ini sudah tidak lama lagi akan berubah senario, suasana dan keadaannya. Yang sentiasa berusaha memajukan diri sendiri dengan berdikari, insyaAllah pasti akan bisa mendepani segala cabaran dan halangan yang mendatang.






Mengapa Ardent/Aidan tidak Petronas atau PTD?
Huh…senang2 je aku boleh carik 10 reasons:
1. Inflexible hours
2. Traffic
3. Asshole bosses
4. Soul sucking job
5. Death of verve and creativity
6. Never-ending bullshit “meetings”
7. Low pay (unless you made it to the top after a few decades. itu pun only at companies, bukan kat JPA)
8. Lack of freedom: kononnya “brand” dan “reputation” of your employer kena protect
9. Almost 90% of the people leave work in the evening with frowns, not smiles. Penat ke stress?
10. Hidup bosan
No offence to my friends in corporate world and government service; hidup2 kawanku yang jadi entrepreneur merdeka…kekeke
05 Feb 09 at 7:29 pm #tapi kalau semua org nak jadi entrepreneur merdeka susah gak, tade siapa yang nak run the government and the economic. personal choice. for us this is what we think best for us.
05 Feb 09 at 10:35 pm #Ive gotta agree with “never-ending bullshit meetings”, which more often than not lead to nothing.
06 Feb 09 at 8:57 am #‘Asshole bosses’? haha…esok2 staff kita pulak yg anggap kita ni camtu. Cakap belakang diorag punye suka la. Cakap depan2…siap la. hahahaha….
06 Feb 09 at 10:20 pm #Alif, ko confident ke staff2 yg ada skrang ni belum cakap camtu??.. heh..
06 Feb 09 at 10:33 pm #oo..ye ke? nanti aku gi tanya sorang2. Suruh diorang ketuk ketampi boleh?
06 Feb 09 at 11:30 pm #Baiknye boss kalau staff cakap belakang suruh ketuk ketampi je. I might not be that forgiving :p
For me, the best part about kerja sendiri is that you constantly have to come out with something creative to do. Creativity is what sets you apart from other businesses and ultimately will lead to more $$$ lah kan. Tapi kadang-kadang rasa penat jugak asyik nak kena pikir sendiri aje. Other people might see the end result and think ini benda senang but kita yang membuat ni yang tau perit jerih dia. At times macam ni yang rasa nak amik jalan senang and jadi civil servant je. But then after a while, bila penant tu dah hilang, I know this is what I want to do sebenarnya. Not many people has a knack like this so why waste it
07 Feb 09 at 8:15 am #how come keluar comment sampai dua kali tu? penat kena mengarang balik. mula-mula first one tu tak nak keluar :p
07 Feb 09 at 8:17 am #Askum, Korang semua, sekarang aku dah kejer ngan gov(mosti). Tp masih tak puas hati sebab tak dapat kejer macam korang. Nie semua pun sebab nak ikram family… aku tak berjaya nak yakinkan mereka dengan bisnes yang aku buat, alih2 kener jugak kejer gov. So aku azam satu hari nanti akan buat bisnes gak, ok. Untuk makluman aku skang tinggal kat Temerloh Pahang, kejer ngan agensi remote sensing. “Jaga hati family dan cuba fahamkan mereka dengan kerjaya kita”. tq
09 Feb 09 at 9:24 am #cam ne nak tukar gravatar tue eh?
09 Feb 09 at 10:51 am #gravatar boleh set kat gravatar.com
09 Feb 09 at 7:31 pm #Naza,
You nailed it.
Aizzudin,
09 Feb 09 at 10:54 pm #We all have to pay our dues. Nanti satu hari adalah peluang tu. Kalau ada kontrak2 MOSTI jgn lupa member kekeke
jgn riso en alif..so far bos3(lebih dari 2) aidan tech..oke hehe..diorg mmg best n fleksibel bosses..(^^)
10 Feb 09 at 1:35 pm #Biarla sapa2 nak keje gomen. Nanti diorang semua dah pangkat tinggi, bolehlah kita rasuah diorang banyak2..
Alif, Syamsul dah puji tu. Taknak naikkan gaji dia ke? hehe..
20 Feb 09 at 3:32 pm #Aku minat kalau dapat keje sendiri……tapi tak tau nak buat ape…..Sekarang aku keje ngan kompeni laaaa…..Tapi masa lapang aku banyak sangat……Kalau ade sape2x kat brader2x kat sini dapat bg keje part time kat aku..ok gak…dapat isi masa lapang aku….Bagi aku janji dapat belajar ilmu baru……gaji…tak yah cerita laaaa…..janji lepas minyak ngan tol ngan makan tengah hari tu dah laaa….
21 Jul 10 at 12:47 am #