The Onion secara konsistennya sangat kelakar. Kepada yang tidak tahu, The Onion adalah akhbar ’spoof’ dengan tajuk utama ’satire’ dan mengandungi isi dan komen yang palsu. Bacaan ringan, tak penah gagal menghiburkan hati. Saya mula mengikuti akhbar ini selepas dipekenalkan oleh Bal@Suhaimi semasa kami masih belajar.
Baru-baru ini ThisAmericanLife, dalam podcastnya mennyatakan satu fakta yang menarik berkenaan dengan The Onion: untuk mendapatkan 16 tajuk utama yang berkualiti untuk setiap minggu, penulis hendaklah mencadangkan lebih kurang 600 tajuk utama keseluruhannya.
Banyakkan? Tentu banyak pengasingan dilakukan untuk mendapatkan penulisan yang terbaik. David Kelley, pengasas firma rekabentuk IDEO, menyatakan yang perkara sebegini bukan sesuatu yang pelik dalam menjayakan operasi yang kreatif. Di IDEO misalnya, cuma 3% dari idea produk yang dicadangkan berjaya sampai ke bahagian pengeluaran.
Jadi, untuk medapatkan dengan idea yang terbaik, anda kenalah tutupkan sekejap ’self-censored’ dalam minda anda dan cuba untuk dapatkan seberapa banyak idea yang boleh. Betul, lagi banyak idea, lagi banyaklah ’sampah’ tapi itu semua sebahagian daripada proses untuk berjaya.
Secara peribadinya bagi saya, salah satu tanda individu, kumpulan dan organisasi yang kreatif dan berjaya adalah mereka yang dapat menerima, bahawasanya idea mereka bukannya yang terbaik dan sentiasa cuba mencari sebanyak idea yang boleh. Sebaliknya, mereka yang selalu gagal sentiasa berpuas hati dengan satu idea sendiri, ‘rigid’, dan tidak mahu menerima pendapat orang lain bagi menambah baik idea mereka.
Kadang-kala kita ni cukup gembira dengan idea yang kita hasilkan sampai terlupa nak melihat dari setiap sudut. Sebab itulah sekiranya idea kita yang satu tu gagal, kita akan cepat putus asa. Mungkin sekarangnya masa untuk berubah, bukan lagi hanya menumpukan pada satu idea yang terbaik, tetapi cuba dapatkan sebanyak idea yang boleh!
Untuk yang sukakan gambar, macam ini lah kreativiti di The Onion.

p/s: Ada sesiapa yang berminat untuk menghasilkan The Onion versi Malaysia?
Posted by Akmal.
Filed under Creativity, General
Posted on Tue, 10 February 2009 at 12:48 am
Subscribe to RSS 2.0 feed.








The Onion is the most famous parody news, but The Harvard Lampoon is the original.
The difference between The Onion and the other parody news is the quality of their headlines, as you mentioned. Almost no one reads the text; the headline is enough to make people chuckle. This is why The Onion became part of popular culture.
Now I know how they did that. Thanks Akmal.
10 Feb 09 at 11:34 am #betul2…I believe there are ways to do things. Tak boleh cara A, try cara B. Tak boleh cara B, guna cara C. Tu semua memerlukan kreativiti. At the same time kita dapat buang semua blockage2 “tak bloeh” kat dalam kepala kita ni.
10 Feb 09 at 12:19 pm #urgh. cant even think of ten in a week. 600????????? No thank you. hats off to the team!
10 Feb 09 at 3:38 pm #