Pengalaman belajar dan tinggal di negara Germany adalah sebahagian dari episod hidup saya yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Bau busuk Bratwurst, kelazatan Doner Kebab, kecanggihan teknologi, kebebasan media, kelajuan jentera , kefisienan sistem pengangkutan awam dan pelbagai macam hal dan perkara yang tidak pernah saya temui dan alami dapat saya rasai buat pertama kalinya dalam hidup sepanjang tempoh lima tahun berada di Germany.
![]()
Budaya dibentuk melalui pengalaman dan pendidikan. Pengalaman melalui zaman sukar menjadi salah satu kuasa pencetus tetapi tewas dalam kedua-dua perang dunia kedua, menjadikan orang Deutsche sebagai bangsa yang kuat dan tahan lasak. Kekuatan itu bukan sahaja didokong melalui fizikal dan luarannya sahaja, tetapi mentaliti mereka telah diterapkan dengan semangat dan sifat jatidiri yang tidak mengenal putus asa. Jika sekiranya banyak negara menjadikan wanita sebagai national personification, German memilih menggunakan istilah Vaterland sebagai refleksi kekuatan dan patriotisma rakyat dan negara mereka.
Jangan marah dan terkejut sekiranya sukar untuk berbuat kawan dengan orang Deutsche ini. Memang sifat dan imej orang yang kuat bekerja dan berfikir ini, tidak ada masa untuk dibuang hanya sekadar untuk melayan omong-omong kosong dari orang yang baru dikenali. Anda hanya akan diberikan kedudukan sewajarnya sekiranya anda berjaya memberikan mereka impress yang baik, yang setentunya melebihi apa yang mereka sangkakan. Saya melalui jangka masa yang agak sukar ditahun akhir pengajian saya kerana disyaki terlibat dalam jaringan pengganas antarabangsa. Dari kcamata penduduk German spesifiknya di bandar Albstadt
Ebingen Satu impressi negatif telah terlihat dari personaliti saya yang cenderung mengamalkan ajaran Islam secara terbuka dan bebas. Walaupun ia tidak dianggap seaneh mana kalau kita berada di Malaysia, namun adalah sesuatu yang baru bagi masyarakat disitu apabila khutbah Jumaat buat pertama kalinya disampaikan dalam bahasa German secara spontan setelah berpuluh tahun ianya dibaca dari buku Hutbe Listeleri yang berbahasa Turki. Begitu juga dengan pertembungan budaya antara budaya individualistik masyarakat german dan budaya hidup berjemaah yang mula tercetus apabila semakin ramai anak-anak muda Turki mula mengunjungi masjid kerana suka dan lebih faham khutbah yang disampaikan dalam bahasa yang mereka tuturi seharian di sekolah, padang, kedai dan tempat-tempat lain ie bahasa german.
Saya kira satu clash of civilization yang hebat telah tercetus hanya kerana kekuatan melawan arus itu berjaya dipertahankan walaupun tidak sepenuhnya sepanjang hampir lima tahun saya berada di Germany. Walaupun tidak berjaya menjadi pelajar cemerlang (yakni mendapat no 1) dalam fakulti dan universiti, saya berjaya pulang pada tempoh waktu perjanjian yang dimeterai sewaktu ditawarkan biasiswa JPA tahun 2000 yang lalu. Namun saya berasa cukup bertuah, membawa pulang 1001 kekuatan adunan semangat Schutstaffel yang sentiasa kuat mendepani segala cabaran!
Heil…heil….heil…..






Apa maksud Es war ganz Toll!?
17 Feb 09 at 10:05 am #Saya pun dah lali di pandang ‘weird’ oleh Japanese semasa saya belajar di Tokyo dulu. But honestly, saya pun tak paham kenapa diorng rasa pelik sangat tengok girls pakai tudung. Diorng punye fashion are far worse!The hottest fashion item when I was there dulu was kain petak-petak serban pak arab tu dipakai as scarf to cover their butts.
17 Feb 09 at 12:05 pm #Tapi memang banyak benda yang boleh di belajar di negara orang.And dengan kita hidup di luar negara tu lah yang membolehkan kita learn more about our own culture.Trust me,kalau tak belajar kat oversea dulu,there’s no way I would know the exact height of KL Tower… or even how to make nasi himpit :p
Lieb Vaterland, magst ruhig sein,
Fest steht und treu die Wacht, die Wacht am Rhein!
Orang Jerman letak personafikasi negara sebagai bapa (”Vaterland” = Fatherland). Orang Russia sebagai ibu (Mother Russia). Kalau perang sapa menang?
Jawapan: Yang menang ialah pakcik (Uncle Sam) kekekeke tak lawak sungguh
18 Feb 09 at 5:07 pm #Rosli: Es war ganz Toll! = It was really great!
19 Feb 09 at 8:23 am #Korang cakap ni pakai bahasa rasmi woo. Biasalah org luar pelik tgk org pakai tudung. Diorang pandang serong.
Errr, aku tgk yg ramai komen dlm blog ni semua org aidan je.
19 Feb 09 at 10:12 am #tak kisah pun. Aidan Family, friends or anybody…kitorang ni tak selalu dapat jumpa sebab sangat sibuk but at the same time we have so many things to share among us and others. We have our own purposes of having this blog. Cuba baca kat ‘About’ tu. Those are just some of it. We welcome any feedback from anybody.
Thanks for dropping by!
19 Feb 09 at 11:06 pm #Hm.. Terkenang zaman di perantauan..
Cara membuat nasi himpit versi student:
Pastikan ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Balut guna aluminum foil.
Letak buku teks Chemistry, Calculus atau ‘yg setebal dengannya’ kat atas.
Letak pulak Dumbell 5kg atas buku.
Biarkan semalaman.
Lebih enak jika dihidangkan dengan sate-sate yg dimarinate dalam bathtub (juga semalaman).
Maybe tak sama dgn Naza punye version
20 Feb 09 at 3:25 pm #Salam..
Just visiting…
Uncle Sam? *smile*…thats a good laugh
20 Feb 09 at 7:08 pm #