Feb 02 2009
 
7

Ceritera Gaza

Kanak-kanak sukakan ceritera-masa-tidur, ‘bed-time story’.  Ceritera ini sangat relevan untuk menerangkan situasi conflik di Gaza.

Israel Makan Tanah Palestin

Bab 1

Pada suatu hari, ada sebuah keluaga bernama Pal.

Mereka hidup dalam satu kawasan yang panas dan berdebu, tetapi mereka sangat suka tinggal di situ. Keluarga mereka telah tinggal di kawasan itu lebih 2,000 tahun.

Pada satu hari, mereka telah didatangi oleh pelawat, “Kami adalah Keluaga Isra”, kata ketua keluaga itu. “Kami akan tinggal ti tempat kamu”

“Apa”, kata En. Pal. “Awak tak boleh buat macam itu”

“Ya, kami boleh”, balas En. Isra. “Mereka kata Kami boleh”. Tambahnya lagi sambil menunding kepada dua pegawai tentera yang lengkap bersenjata canggih. Nama mereka Tuan Usa dan Tuan Yew Kei.

“Hello” kata Tuan Usa. “Saya datang untuk memberitahu yang Keluaga Isra telah mengalami trauma dan mereka memerlukan rumah baru.”

“Saya bersimpati,” kata En. Pal, “Tapi ini adalah rumah kami dan ia sangat kecil. Kenapa tuan tak benarkan mereka tinggal di kawasan rumah tuan sahaja”

“Mereka mahu tinggal disini kerana nenek moyang mereka pernah tinggal disini”, jawap Tuan Usa.

“Ini tidak adil.” bantah keluaga Pal. “Tuan Yew Kei, tolonglah kami.”

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa, saya hanya menjalankan tugas”, jawab Tuan Yew Kei.

Bab 2

Keluaga Isra menyatakan bahawa permasalahan ini berasaskan kepada satu persoalan “Adakah Keluaga Isra berhak untuk hidup, Ya atau Tidak?”

Tuan Usa dengan lantangnya berkata, “Ya, saya isytiharkan keluaga Isra mempunyai hak untuk hidup”

“Tunggu dulu,” tegas Keluarga Pal. “Isunya kini bukan samada keluaga Isra berhak untuk hidup atau tidak. Tetapi samada Keluaga Isra berhak untuk tinggal di rumah Keluarga Pal”

Tuan Usa menjengkelkan matanya tanda terkejut. “Melampau!, awak kata keluaga Isra tidak berhak untuk hidup? Untuk itu anda menjadi golongan penjenayah ‘terrorists’.”

“Di sebabkan awak adalah penjenayah, awak akan mendapat masalah besar. Saya akan pastikan Keluaga Pal akan mendapat pelbagai sekatan.” Tambah Tuan Usa lagi.

Keluaga Pal menemui jalan buntu. Mereka sedar mereka mesti mencari kawan yang kuat untuk terus hidup.

Bab 3

Mereka akhirnya membawa permasalahan mereka kemuka pengadilan. Ketua hakim yang bertugas adalah Hakim Yuwen, (atau dikenali sebagai UN oleh rakan-rakannya).

Hakim Yuwen berbincang dengan ahli komuniti termasuk Cik Asia dan En Francis. Kesemua mereka bersetuju yang situasi ini tidak adil. Hakim Yuwen memutuskan keputusan yang akan membawak keadilan dalam konflik ini.

Namun, keluaga Isra berdegil dan engkar dengan keputusan yang diberikan. Kedegilannya turut di sokong oleh Tuan Usa.

Bab 4

Keluaga Isra bertambar besar dan kaya-raya. Keluarga Pal semakin papa kedana. Ketidakadilan bertahun-tahun menyebabkan keadaan tidak berubah.

Salah seorang anggota keluarga Pal, bernama Hamas tidak dapat menahannya lagi. Dia nekad dan menyerang keluaga Isra berbekalkan senjata-senjata lama yang dimilikinya

Sebagai balasan, Keluaga Isra membalas dengan menyerang seluruh alhi keluaga Pal dengan menggunakan senjata moden yang canggih

“Berhentilah!” jerit ahli-ahli keluaga Pal selepas lebih seribu ahli keluaga mereka terbunuh

sekali lagi Hakim Yuen dan komuniti cuba mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah.

Tetapi, Tuan Usa, yang juga ahli komuniti membenarkan keluaga Isra meratah dengan kejamnya keluarga Pal, dengan alasan, keganas itu adalah akibat kesalahan keluaga Pal sendiri.

“Keluaga Isra berhak untuk hidup dan berhak mempertahankan dirinya sendiri”. Kata Tuan Usa.

Dan mereka semua terus hidup dalam kegelisahan selama-lamanya.

Epilog

Cerita ni sedihkan? Tapi ada cara lain kesudahan cerita ini boleh berubah

Kerajaan baru Amerika Syarikat, di bawah pimpinan Obama diharap dapat mengingat kembali kata-kata Presiden Abe Lincoln, yang mana telah dilupakan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Bush. “Cuma ada satu cara untuk menghapuskan musuh anda; jadikan la dia rakan“.

This post has 7 comments.

  1. Mal, kalau kau boleh buat ceritera ttg asal usul geng2 yahudi or israel ni pun bagus gak mal. Cerita diorang sebelum bangsa diorang sampai ke Palestin dulu. Kira macam sequal ‘Back to the Future’ la. hehe…

    02 Feb 09 at 12:12 pm #
  2. Nanti buat research skit, good idea though.

    04 Feb 09 at 10:26 am #
  3. ajan

    Rajin blogging hekk?

    05 Feb 09 at 2:55 pm #
  4. ajan

    anyways, i wouldnt wanna make this as kimi’s bedtime stories. Too depressing. Dont want kimi to go asleep thinking how kejam the world can be. Oh tidakkk… jack and the beanstalk woulda been a better alternative. hihihi..

    05 Feb 09 at 3:05 pm #
  5. “Fee-fi-fo-fum, I smell the blood of an Englishman” tak kejam ke…hehe

    05 Feb 09 at 7:21 pm #
  6. semua bedtime story pun ada scene2 action dia. jack vs giant, aladdin vs jafar, sleeping beauty vs maleficent. tape, once kimi dah besar skit nanti he’ll learn that this world can be kejam at times. :)

    05 Feb 09 at 10:26 pm #
  7. mal, bila kau nak sambung sequel ceritera gaza ni? I’m looking forward to it. :)

    12 Feb 09 at 8:23 pm #

Post a comment


Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.