Skim Cepat Kaya

  1. Selagi ada orang yang mahu jadi kaya, selagi itulah akan ada skim cepat kaya. Menjual produk kecantikan, menjual laman web portal, melabur dalam emas, menjual e-book dan senarai ini tidak penah putus. Kesemua skim ini mempunyai beberape persamaan. Ia cenderung mempunyai nada yang sama (”anda adalah bos anda sendiri”, “kebebasan kewangan”, “lihatlah bmw 3 series kami”) dan yang pastinya semuanya itu too good too be true.
  2. Skim yang too good too be true adalah elemen penting dalam skim ini, sekiranya ia terlalu hebat untuk betul, mungkin, munkin ianya betul. Mungkin orang yang tak mengambil peluang ini terlalu skeptik, mungkin juga saya berpeluang untuk melabur dalam skim-skim ini kerana Skim yang too good too be true ini telah menakutkan orang-orang yang berpikiran sempit dan kolot, yang memang tidak akan berjaya menjadi kaya dalam hidup mereka. :P
  3. Internet? mestilah, macam semua bisnes lain, skim ini turut telah menjejakkan kaki di internet. Anda boleh lihat laman-laman web yang panjang berjela-jela, scroll 5-6 kali pun tak sampai kat hujung laman web itu. Penuh dengan ALL CAPS dan warna-warna terang seperti kuning dan merah juga testimonial pengguna bersama deretan kereta mewah mereka. Semuanya kelihatan serupa dengan satu sebab, sebagai signal kepada “opportunity seeker” singgah ke laman web tersebut.
  4. Adakah mereka berjaya mengumpan per-singgah menjadi sebahagain daripada mereka? Mesti lah.
  5. Adakah mereka yang menyertai mereka jadi kaya? Sudah semestinya.
  6. Mereka semacam puak tribal dan sentiasa mencari ketua yang baru.  Seorang ketua yang akan menjual mereka penyertaan kelab esklusif dengan yuran penyertaan berharga RM2000,  ketua yang menawarkan perlaburan yang menggandakan duit 5 kali ganda dalam masa 6 bulan!, mahupun ketua yang memberi prepaid Maxis, Celcom atau Digi percuma setiap bulan. Lagi skeptik tawaran ketua itu, lagi bagus. Kerana cerita yang skeptikal itulah yang akan menarik lagi ramai “opporturnity seeker” menyertai puak tribal mereka.
  7. Apa yang dijaja disini? Ianya bukan kekayaan, kerana jika ia adalah kekayaan, kesemua 30,000 ahli skim ini telah menjadi kaya. Pada saya apa yang dijaja adalah kepercayaan kepada kekayaan, keseronokan dalam mencari deal yang betul-betul menjanjikan kekayaan, walaupun telah gagal dalam 10 skim yang sama sebelumnya. Ia adalah keseronokan dalam mencari kekayaan.
  8. Sudah semestinya, mimpi-mimpi indah yang dijaja tidak selalunya menjadi kenyataan. Bagi saya, “opportunity seeker” adalah orang yang sentiasa mencari, bukannya menjumpai.
  9. Tinggalkanlah skim-skim ini, dan berkerja keras, sudah pasti akhirnya anda akan menjumpai kekayaan.

p/s: anyone would like to share their success story in doing rich-quick scheme?

This post has 9 comments. Add your own.

  1. Bagaimana cepat kaya (dan disadvantage nya):

    1. Rompak kedai emas (emas banyak2 tu kena sorok dan tak boleh jual sekaligus; jadi stuck with loot and not cash)

    2. Rompak kedai tukaran wang asing (duit2 tu nak tukar kat RM makan masa dan mungkin boleh alarm polis kalau tukar banyak sangat)

    3. Rompak bank (assuming you made it out alive — which is a big assumption; police will be hot on your trails and you have to go into hiding)

    4. Judi (judi di Genting tak boleh kaya sangat, you need to go where the high rollers are — Macau, Atlantic City, Reno. Kos nak ke sana pun dah melubangkan poket. Also to make a lot of money you need to have a lot of money in the first place and lots of luck. Chances are you won’t be making a lot even with lots of luck and skill. Baik main craps kat Genting je. Kesimpulan, a bad way to make money)

    5. Gadai tanah keluarga (except your mother and your favorite sibling who will show you some sympathy, the rest of your family will disown you)

    6. Curi kereta (susah nak sorok, so kena potong dan jual kat kedai potong at scrap value. hardly worth it)

    7. Main lottery, nombor ekor, dam macai, etc. (statistically improbable)

    8. Rompak rumah orang kaya (assuming you are successful, chances are you can only take a couple of thousand with some jewelry. That’s about one month’s worth of honest work. Hardly worth it for a risky undertaking)

    9. Gelapkan duit syarikat (yang ini agak lumayan, mungkin dapat beberapa puluh ribu RM atau ratus ribu RM, tapi selama2nya anda kena blacklist dan terpaksa menyorok. Tak berbaloi sebab dah tutup peluang dapat duit in the future)

    10. Lukis duit atas kertas atau kalau nak hebat lagi, lukis cek. Ini adalah cara paling mudah dan cepat untuk mendapat RM 1 juta mahupun RM 10 juta sekalipun

    24 Feb 09 at 6:26 pm #
  2. Tak cuba tak tau. Kalau skim-skim tu tak berhasil takkan la ramai orang yang dok jon skim ni kan. Siapa yang tarpercaya, sendiri la rugi

    25 Feb 09 at 11:59 am #
  3. Betula tu. Tak try tak tau..

    Apa kata Aidan set up satu Undercover Team, specially untuk invest dalam skim2 cepat kaya camni, boleh jadi kaya raya.

    Kita namakan team tu ‘Maybe Everyone Never Get Any Richer’ Undercover Team (MENGARUT).

    25 Feb 09 at 1:08 pm #
  4. kekeke good one, Bird.

    Di kalangan geng2 kita, orang paling anti skim2 cepat kaya ni ialah Jalil dan Usamah. Mari kita tunggu apa komen mereka.

    25 Feb 09 at 2:04 pm #
  5. sedap ah birdnya acronym…

    tipu kiri tipu kanan….

    27 Feb 09 at 8:33 pm #
  6. mastermoon

    kaya & akhirnya kayap..:)

    01 Mar 09 at 9:05 am #
  7. Bird,to start with, cuba kau study mamat ni: http://www.jutawanautomatik.com/

    Kau beli produk dia, study…pastu kau develop aa the MENGARUT plan utk Aidan Group.

    Then, aku rasa mmg potential besar Aidan Group boleh jadi KAYA and orang ramai yang join pulak ada potential boleh jadi KAYAP!

    Jom jadi jutawan automatik nak?? :)

    01 Mar 09 at 12:44 pm #
  8. kalau nak kaya cepat, kawin la dgn org kaya. kalau tak dpt, buat macam most rich person I knew, work hard, and grow the wealth organically. :)

    03 Mar 09 at 10:21 am #
  9. mastermoon

    org mesia suker menda2 yg boleh cepat jd kayer tanpa berusaha lebih..
    xheran ler skim2 tipu menipu ni cepat jer menyantau diri dorang :D

    03 Mar 09 at 4:17 pm #

Post a comment